“It is the duty of a Muslim who has something to which is to be given as a bequest not to have it for 2 nights without having his Will written down regarding it” hadith by al-bukhari and Muslim

One of the functions in planning and managing a person’s wealth distribution is to avoid assets from being remained frozen once a person passes on. Therefore, the managing and planning of wealth distribution is very important and it is an area of important knowledge for everyone to be aware of.

In Islamic Financial Planning,  there are various types of instruments that can be used and practiced in managing and planning, by following Shariah law and principles. As per Al-Quran and Hadith, wealth and estate transfer, estate distribution can be done via various financial instrument namely Wasiat, Hibah, Waqaf, Amanah and others.

To date, there are more than 90% of Muslim still have not done their Wasiat because of the lack of awareness on the importance of estate planning among the community. This statistic is provided by MAIS (Selangor Islamic Religious Council). Most of the time, many Muslims are still having the mis conception that Faraid is available to manage this matter. Some even five the reason of not having any assets to be distributed. This should not be the case because Wasiat is not about distribution assets only, rather, it is about appointing an official executor, appointing guardianship for children under age 18 and also importantly paying off debts and delivering last wishes to the Waris (heir) and family members.

Although having an Wasiat is Sunat (a favourable act), the law of having Wasiat can also change under the situations like :

  1. Wajib (Mandatory) – Wasiat becomes Wajib when a person has a responsibility that must be fulfilled, especially in the form of zakat and pilgrimage. It will not be fulfilled if it is not mentioned anywhere. It also become wajib when a person hold the responsibilities as such he / she being entrusted a bank account, property, land etc to settle debts which have not be settled. Thus, by having a Wasiat document in place, the responsibility can be entrusted to another party / person to carry on.
  2. Sunat  (Favourable) – Wasiat becomes Sunat if bequests (legacy) are given to non Faraid beneficiaries, who are in need. Non faraid beneficiaries are not entitled to the inheritance, but if they are in need of it, the situation becomes Sunat. This also include giving to the poor and needy, with the intention of doing deeds.
  3. Harus (Neutral) – Wasiat becomes harus if the legacy are given to the rich either by relatives or any other parties with no particular purposes. If the legacy is made to do good and to foster relationships, then it would be favourable.
  4. Makruh (Not Approved) – Wasiat becomes Makruh if the asset is bequeathed to the Fasiq (person who often commits sin). This become a concern that the asset will be used in incorrect manner to further commit sinful matters.
  5. Haram (Forbidden) – Wasiat become Haram when a person bequeath something that is prohibited under the law or with the intention to harm the heirs.

 

As a conclusion, all Muslim should have a Wasiat document in place.

For more details, contact https://infowasap.wasap.my/

 

 

“It is the duty of a Muslim who has something to which is to be given as a bequest not to Read more
Ini Rumah siapa? Siapa Pemilik Tanah ini? Jawapan – Pemiliknya dalam Pusara.   This image has an empty alt attribute; its file name is image-3.png   Itu situasi mengejutkan apabila dianggarkan lebih satu juta pemilik geran tanah sudah meninggal dunia, namun pemilikan harta berkenaan belum diselesaikan waris. Jumlah itu dilihat semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah lebih RM70 bilion yang jumlah berkenaan mampu membangunkan ekonomi umat Islam jika diuruskan dengan betul oleh waris. Harta tidak alih seperti rumah, bangunan dan tanah menjadi aset paling banyak tidak diuruskan sehingga statusnya masih tergantung walaupun pemiliknya sudah meninggal dunia sejak puluhan tahun lalu.    

Perunding Harta Pusaka, Azhar Abdul Samat berkata, “berdasarkan data diperoleh, jumlah harta pusaka yang masih ‘tergantung’ semakin bertambah disebabkan kurangnya kesedaran dalam kalangan waris atau pentadbir harta”

 
Menurutnya, dianggarkan 95 peratus umat Islam masih tidak sedar kepentingan menguruskan harta dengan betul sama ada sebelum atau selepas meninggal dunia. “Pemilik meninggal dunia untuk tempoh lama, tetapi waris terdiri daripada anak, adik-beradik atau saudara yang diberi tanggungjawab gagal melaksanakan amanah dengan baik. “Ini kerana kesedaran untuk menguruskan harta pusaka masih rendah dan persepsi mengenai pengurusan harta pusaka tidak perlu diuruskan segera masih menebal dalam kalangan masyarakat.   This image has an empty alt attribute; its file name is katun-pusaka.jpg  

“Sebenarnya penyediaan dokumen bertulis seperti wasiat sangat penting supaya pembahagian harta itu kelak lebih jelas dan dibahagi mengikut faraid,”

  Azhar berkata, punca kegagalan dalam pengurusan harta pusaka disebabkan ketiadaan persefahaman dalam kalangan ahli keluarga ketika pembahagian dijalankan selain faktor undang-undang yang rumit menyebabkan ada waris yang sudah buntu. Katanya, nilai harta pusaka yang tidak dituntut yang banyak sebenarnya dapat digunakan untuk membangunkan ekonomi Islam terutama tanah dan aset bangunan. “Jika tiada penama waris yang sah dalam geran, sesuatu aset itu tidak dapat dibangunkan dan akhirnya akan terbiar begitu sahaja sehingga puluhan tahun lamanya. “Jadi kesedaran mengenai pengurusan harta itu sangat penting, malah kini lebih mudah kerana banyak syarikat menawarkan perkhidmatan menguruskan harta dengan bayaran yang berpatutan. Lebih penting ia memudahkan waris tanpa ada pertikaian,” katanya. Beliau berkata, tiba masanya kesedaran mengenai pengurusan harta pusaka perlu ditingkatkan dalam kalangan umat Islam supaya aset yang dimiliki itu dapat digunakan sebaik mungkin dan memberi manfaat kepada waris yang berhak. Katanya, kerajaan juga disarankan mempermudahkan urusan undang-undang kerana ia pasti akan melancarkan proses pertukaran hak milik harta pusaka khususnya yang membabitkan cukai. “Kementerian berkaitan juga boleh menganjurkan program kesedaran pengurusan harta pusaka lebih agresif supaya pengetahuan masyarakat semakin meningkat,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 8:00 AM

Dapatkan khidmat nasihat perancangan harta pusaka secara PERCUMA, klik sini

Ini Rumah siapa? Siapa Pemilik Tanah ini? Jawapan – Pemiliknya dalam Pusara.   Read more
Pelbagai cara dalam perancangan dan pengendalian harta pusaka, antaranya wasiat, hibah, harta sepencarian, amanah dan sebagainya. Namun, ramai yang beranggapan bahawa HIBAH adalah satu-satunya cara yang terbaik dalam pengendalian harta pusaka. Sebenarnya, HIBAH cuma salah satu instrumen (cara) perancangan pusaka dan ianya sendiri tidak mencukupi untuk melengkapkan perancangan dan pengendalian harta pusaka bagi seseorang. Adalah penting dan ambil tahu jenis-jenis HIBAH serta kebaikan dan kekurangannya. APA ITU HIBAH DAN KENAPA IA MEMUDAHKAN PROSES PENGURUSAN HARTA PUSAKA ANDA?

Hibah Mutlak

Hibah Mutlak adalah  pemberian Hibah yang dilaksanakan secara serta merta dimana pindah milik harta hibah daripada pemberi hibah kepada penerirna hibah berlaku secara langsung. Semasa hayat, pemberi hibah terus serah hak milik harta kepada penerima hibah. Harta tersebut bukan lagi menjadi hak milik  Pemberi  Hibah  dan sebaliknya  ia telah rnenjadi milik mutlak penerima hibah. Melalui cara pemberian Hibah Mutlak ini, pemberi hibah akan terus hilang kuasa terhadap harta tersebut. Manakala, penerima Hibah berhak menggunakan harta Hibah tersebut termasuklah menjual harta tersebut tanpa izin pemberi. Jika penerima Hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah, harta tersebut tetap akan menjadi harta pusaka penerima dan perlu diagihkan kepada  waris-waris beliau. ibu-menangis – Kifarah Media

Deklarasi Hibah

Deklarasi  Hibah merupakan mekanisma yang menggabungkan Hibah dan Amanah sebagai satu instrumen perancangan harta pusaka mengikut hasrat dan keperluan pemilik harta. Pemberian melalui deklarasi ini dapat menjaga kepentingan pemberi dan juga menjamin hak penerima hibah. Cara ini juga memberi fleksibiliti kepada pemberi hibah untuk mengawal harta hibah selagi beliau masih hidup. Melalui mekanisma Deklarasi Hibah ini, pemilik harta boleh mengisytiharkan hasrat beliau untuk memberi harta melalui hibah kepada penerima tertentu. Pemberi Hibah akan bertindak sebagai Pemegang Amanah bagi hibah tersebut selagimana beliau masih hidup serta berupaya dan  mampu  urus harta Hibah. Harta Hibah akan dipindah milik kepada penerima hibah apabila pemberi hibah meninggal dunia. Pemegang Amanah yang diberi  kuasa akan melaksanakan proses pindah milik harta hibah kepada penerima. Semasa tempoh amanah, penerima hibah akan menerima sebahagian manfaat harta hibah sebagai tanda penerimaan harta Hibah  tersebut.

Siapa yang Perlu sediakan DOKUMEN HIBAH ?

Golongan-golongan berikut digalakkan untuk menyediakan dokumen Deklarasi Hibah termasuklah mereka yang hanya mempunyai anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki), yang mempunyai anak -anak istimewa, anak kelainan upaya, anak angkat, yang memiliki perniagaan dan yang berhasrat untuk memastikan kesinambungan legasi perniagaan tersebut, mereka yang ingin memberi harta-harta tertentu kepada  individu tertentu (sama ada waris Faraid atau bukan waris Faraid) tanpa had. Kelebihan Deklarasi Hibah ini termasuklah memaksimumkan pembahagian harta kepada individu-individu tersebut. Jika pemberi hibah meninggal dunia, Harta Hibah akan dipindah milik kepada penerima hibah dengan segera dan  lancar  tanpa  bertangguh,  mnalah harta tidak terbeku serta tidak perlu melalui proses pentadbiran harta pusaka yang rumit dan makan masa. Tahu Tak 6 Perkara Ni Sebenarnya Penting Sangat Untuk Mak Ayah Korang Di  Usia Emas Mereka!  

Kesimpulan

Islam menggalakkan  umatnya  untuk melakukan hibah sesuai dengan hadis yang diriwayatkan  daripada  Saidatina  Aishah R.A,  Nabi  SAW  bersabda  : “Berilah hibah di antara kamu, kerana Hibah membawa pergi dendam”.    (Riwayat  Al-Bukhari).

Dalam merancang harta pusaka, Hibah merupakan satu instrumen yang sangat baik, terutamanya bagi yang ingin memastikan  sesuatu harta itu dapat diberikan kepada individu tertentu. Tanpa perancangan serta persediaan yang betul, harta yang ditinggalkan berkemungkinan besar boleh menjadi beban dan masalah kepada ahli keluarga. Yang lebih merisaukan adalah risiko perebutan dan pertelingkahan di antara waris. Untuk pertanyaan lanjut , hubungi https://iepaisyah.wasap.my/   Pelbagai cara dalam perancangan dan pengendalian harta pusaka, antaranya wasiat, hibah, harta Read more

“Adakah adik beradik saya Waris Faraid saya?”

“Adakah anak angkat berhad menuntut harta pusaka arwah bapa?”

 “Adakah isteri yang dikahwini di luar Malaysia berhak menuntut harta pusaka si suami?”
 

JOM Kenalpasti siapakah WARIS FARAID anda !

Kriteria utama dalam mengenalpasti Waris Farid adalah – Mereka yang mempunyai PERTALIAN DARAH atau IKATAN PERKAHWINAN yang SAH. Golongan ini berhak mewarisi dan menuntut pusaka dengan syarat mereka masih hidup semasa kematian pemilik harta.

SIAPAKAH AHLI – AHLI WARIS SAYA ?

Overall, terdapat 23 ahli keluarga yang berpotensi dan layak jadi waris untuk mewarisi pusaka si mati atas faktor pertalian darah dan atas faktor perkahwinan. Ianya termasuklah 14 ahli lelaki dan 9 ahli perempuan :

Ahli Waris Lelaki yang berpotensi menjadi Waris :

  1. Suami
  2. Bapa
  3. Anak lelaki
  4. Datuk (sebelah bapa)
  5. Cucu Lelaki (daripada anak lelaki)
  6. Saudara Lelaki (Seibu dan Sebapa)
  7. Saudara Lelaki Sebapa
  8. Suadara Lelaki Seibu
  9. Anak Lelaki kepada Saudara Lelaki Seibu & Sebapa
  10. Anak Lelaki kepada Saudara Lelaki Sebapa
  11. Bapa Saudara Seibu dan Sebapa (Sebelah Bapa)
  12. Bapa Saudara Sebapa (Sebelah Bapa)
  13. Anak Lelaki Kepada Bapa Saudara Seibu Sebapa (Sebelah Bapa)
  14. Anak Lelaki Kepada Bapa Saudara Sebapa (Sebelah Bapa)
Siapakah Waris Faraid Saya?
Ahli Waris Perempuan yang berpotensi menjadi Waris :
  1. Isteri (Isteri-Isteri)
  2. Ibu
  3. Anak Perempuan
  4. Nenek (sebelah ibu)
  5. Nenek (sebelah bapa)
  6. Cucu Perempuan daripada anak lelaki
  7. Saudara Perempuan Seibu dan Sebapa
  8. Saudara Perempuan Sebapa
  9. Saudara Perempuan Seibu
Ahli Waris Perempuan yang berpotensi menjadi Waris :
  1. Isteri (Isteri-Isteri)
  2. Ibu
  3. Anak Perempuan
  4. Nenek (sebelah ibu)
  5. Nenek (sebelah bapa)
  6. Cucu Perempuan daripada anak lelaki
  7. Saudara Perempuan Seibu dan Sebapa
  8. Saudara Perempuan Sebapa
  9. Saudara Perempuan Seibu
“Adakah adik beradik saya Waris Faraid saya?” “Adakah anak angkat berhad Read more

Boleh Tak Tulis Wasiat Sendiri



Category : Estate Planning

Hari ini, ada client tanya “Boleh tak saya tulis wasiat sendiri, tanpa melalui Syarikat mana-mana?” Ini bukan kali pertama admin ditanyakan soalan ini, padahal, pernah beberapa kali ditanyakan “Kalau saya tulis wasiat sendiri pakai kertas dan pen dan kemudian simpan sendiri, boleh ke?” , ” Mesti kah melalui syarikat amanah untuk sediakan wasiat saya” … inilah antara soalan-soalan yang pernah ditanya.

 

 

HENDAK TULIS WASIAT SENDIRI, TANPA MELALUI SYARIKAT AMANAH?

 

Untuk mereka yang ingin menulis wasiat sendiri, tanpa melalui syarikat amanah, atau tanpa melalui wakil / ejen / perancang harta pusaka, anda boleh berbuat demikian jika anda:

 

  • ada KEPAKARAN mengenai undang-undang dan familiar dengan kriteria-kriteria yang diperlukan dalam dokumen wasiat yang diperlukan oleh pihak mahkamah. Ini adalah untuk memastikan dokumen yang ditulis sendiri tidak bertambah rumit semasa proses pentadbiran dan membazir masa.

 

  • sanggup mengambil RISIKO dokumen wasiat yang ditulis sendiri itu kalau dicabar oleh mana-mana pihak atau waris. Dengan tiada pengesahan oleh mana-mana pihak berkuasa, dokumen yang berkemungkinan tidak menepati kriteria boleh dicabar. Keadaan ini akan merumitkan keadaan, mencetus pergaduhan dan mengakibatkan kos yang tidak diingini.
    sanggup menghadapi RISIKO di mana waris masing-masing mengeluarkan salinan dokumen wasiat yang di-claim bahawa salinan mereka adalah tulisan arwah. Siapa yang boleh membuktikan kebenaran dan mana satukah dokumen yang original?

 

  • memastikan DOKUMEN WASIAT BERADA DALAM KEADAAN YANG BAIK, jelas, tidak terkoyak, tidak basah atau dirosakkan oleh serangga.

 

PRO & CONS TULIS WASIAT SENDIRI

 

Hendak tulis Wasiat Sendiri? cuba ambil masa untuk faham betul-betul kelebihan dan kelemahan jika anda tulis wasiat sendiri. Juga, dalam hal perancangan harta pusaka, terdapat pelbagai instrumen termasuklah wasiat, hibah, harta sepencarian, amanah, wakaf dan sebagainya. Anda perlu faham betul-betul fungsi bagi setiap instrument tersebut dan kenalpasti instrumen manakah yang sesuai untuk keadaan dan keperluan anda.

 

KELEBIHAN :

  • Free ! Since tulis sendiri, so PERCUMA, tidak perlu bayar kepada mana-mana pihak
  • Boleh ubah / update bila-bila masa (semasa hidup), tanpa sebarang caj

KELEMAHAN :

  • Ambil masa yang panjang untuk menulis dan memastikan isi kandungan mengikut kriteria yang diperlukan oleh pihak berkuasa, dan menepati hukum syariah

 

  • Perlu memastikan dokumen sentiasa disimpan dalam keadaan yang selamat, kering, baik dan tidak hilang. Pastikan pen atau dakwat yang digunakan tidak hilang warna atau kabur apabila dokumen diperlukan

 

  • Pewasiat perlu dapatkan Saksi-Saksi yang sah dan layak untuk mengesahkan sesi tanda tangan (Signing) dokumen

Untuk mendapatkan khidmat nasihat atau bantuan penyediaan dokumen wasiat anda, sila hubungi https://oldbackup.eraadvisory.com.my

 

Hari ini, ada client tanya “Boleh tak saya tulis wasiat sendiri, tanpa melalui Syarikat Read more