Ini Rumah siapa?
Siapa Pemilik Tanah ini?
Jawapan – Pemiliknya dalam Pusara.
Itu situasi mengejutkan apabila dianggarkan lebih satu juta pemilik geran tanah sudah meninggal dunia, namun pemilikan harta berkenaan belum diselesaikan waris.
Jumlah itu dilihat semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah lebih RM70 bilion yang jumlah berkenaan mampu membangunkan ekonomi umat Islam jika diuruskan dengan betul oleh waris.
Harta tidak alih seperti rumah, bangunan dan tanah menjadi aset paling banyak tidak diuruskan sehingga statusnya masih tergantung walaupun pemiliknya sudah meninggal dunia sejak puluhan tahun lalu.

Menurutnya, dianggarkan 95 peratus umat Islam masih tidak sedar kepentingan menguruskan harta dengan betul sama ada sebelum atau selepas meninggal dunia. “Pemilik meninggal dunia untuk tempoh lama, tetapi waris terdiri daripada anak, adik-beradik atau saudara yang diberi tanggungjawab gagal melaksanakan amanah dengan baik. “Ini kerana kesedaran untuk menguruskan harta pusaka masih rendah dan persepsi mengenai pengurusan harta pusaka tidak perlu diuruskan segera masih menebal dalam kalangan masyarakat.Perunding Harta Pusaka, Azhar Abdul Samat berkata, “berdasarkan data diperoleh, jumlah harta pusaka yang masih ‘tergantung’ semakin bertambah disebabkan kurangnya kesedaran dalam kalangan waris atau pentadbir harta”