Harta Sepencarian, sering didengari. Apa sebenarnya erti Harta Sepencarian dan apakah hak seorang suami atau seorang isteri dalam menuntut Hak Harta Sepencarian masing-masing ?
Jom sama-sama kita membincangkan topik ini.

Harta-harta yang tergolong dalam harta sepencarian termasuklah harta alih dan harta tak alih. Harta alih adalah seperti wang tunai, saham, kereta, simpanan, barang kemas dan sebagainya. Manakala harta tak alih adalah sebarang bentuk hartanah seperti rumah dan tanah di mana aset-aset dan modal yang dihasilkan atas hasil carian dan perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.
Undang-undang dan Mahkamah Syariah di Malaysia mengiktirafkan sumbangan isteri ke atas perolehan harta sepencarian samada sumbangan secara langsung berbentuk wang atau sumbangan kasih sayang isteri kepada suami serta anak-anak mereka, ianya termasuklah usaha dan penat lelah yang terlibat dalam menjaga dan menguruskan kehidupan keluarga. Pengorbanan juga dianggap sebagai sumbangan secara tidak langsung daripada pihak isteri dalam harta sepencarian.
Bagaimana Tuntutan Harta Sepencarian?

Pihak-pihak boleh menuntut Harta Sepencarian melalui Mahkamah Syariah dalam tiga (3) keadaan iaitu apabila berlaku
- perceraian hidup diantara suami dan isteri
- kematian suami atau isteri atau
- suami berpoligami
Bagi tuntutan Harta Sepencarian selepas kematian, tuntutan boleh dibuat oleh pasangan yang masih hidup. Melalui tuntutan tersebut, mahkamah akan mengiktirafkan harta- harta tertentu sebagai harta sepencarian dan menetapkan bahagian khusus pihak-pihak berkenaan. Bahagian khusus tersebut akan dibahagikan terlebih dahulu kepada pasangan yang masih hidup sebelum harta tersebut dibahagikan menurut Wasiat dan Faraid sebagai harta pusaka.

Turutan keutamaan pentadbiran dan pewarisan harta pusaka orang Islam apabila berlaku kematian adalah :
- Menyelesaikan perbelanjaan pengebumian
- Menyelesaikan hutang piutang dunia dan akhirat
- Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian
- Melaksanakan wasiat
- Membahagikan baki harta mengikut Hukum Faraid
Melalui Faraid, bahagian suami ke atas harta pusaka adalah sebanyak l/2 atau l/4 manakala bahagian isteri adalah sebanyak l/4 atau l/8. Justern itu, melalui tuntutan harta sepencarian di mahkamah Syariah, ia akan tambah serta membesarkan nilai dan bahagian suami atau isteri yang masih hidup ke atas harta berkenaan di samping kebajikan mereka akan lebih terjamin.

Kesimpulan
Undang-Undang Islam di Malaysia telah memberi hak harta sepencarian kepada pasangan suami isteri. Namun hak tersebut perlulah dituntut melalui proses undang-undang di mona pihak-pihak perlu mengemukakan bukti-bukti kewujudan harta berkenaan serta sumbangan masing-masing ke atas perolehan harta tersebut. la akan melalui proses yang panjang dan rumit serta kos yang tinggi.
Untuk proposes pentadbiran dokumen Harta Sepencarian yang lebih senang dan lancar, pasangan suami isteri boleh menandatangani dokumen yang dinamakan Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB) dimana melalui perjanjian ini pasangan suami dan isteri baleh merancang cara pembahagian harta sepencarian antara mereka, sewaktu perkahwinan masih dalam keadaan yang baik. Melalui perjanjian ini juga , proses mahkamah yang panjang dan rumit dapat dielakkan.
Harta Sepencarian, sering didengari. Apa sebenarnya erti Harta Sepencarian dan apakah hak Read more




Itu situasi mengejutkan apabila dianggarkan lebih satu juta pemilik geran tanah sudah meninggal dunia, namun pemilikan harta berkenaan belum diselesaikan waris.
Jumlah itu dilihat semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah lebih RM70 bilion yang jumlah berkenaan mampu membangunkan ekonomi umat Islam jika diuruskan dengan betul oleh waris.
Harta tidak alih seperti rumah, bangunan dan tanah menjadi aset paling banyak tidak diuruskan sehingga statusnya masih tergantung walaupun pemiliknya sudah meninggal dunia sejak puluhan tahun lalu.







Sebenarnya, Apakah itu HIBAH ?
HIBAH adalah salah satu instrumen perancangan kewangan dan harta pusaka untuk menghadiahkan sesuatu aset kepada sesiapa sahaja dengan sukarela dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hibah boleh dirancang semasa pemilik masih hidup dan dikuatkuasa selepas kematian pemilik.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Saling memberi hadiahlah kamu sekalian, agar kalian saling m
Jom kita bincangkan Rukun-Rukun HIBAH supaya kita faham syarat-syarat yang wajib ada dalam perancangan HIBAH:

