Pelbagai cara dalam perancangan dan pengendalian harta pusaka, antaranya wasiat, hibah, harta sepencarian, amanah dan sebagainya. Namun, ramai yang beranggapan bahawa HIBAH adalah satu-satunya cara yang terbaik dalam pengendalian harta pusaka.
Sebenarnya, HIBAH cuma salah satu instrumen (cara) perancangan pusaka dan ianya sendiri tidak mencukupi untuk melengkapkan perancangan dan pengendalian harta pusaka bagi seseorang. Adalah penting dan ambil tahu jenis-jenis HIBAH serta kebaikan dan kekurangannya.
Hibah Mutlak
Hibah Mutlak adalah pemberian Hibah yang dilaksanakan secara serta merta dimana pindah milik harta hibah daripada pemberi hibah kepada penerirna hibah berlaku secara langsung. Semasa hayat, pemberi hibah terus serah hak milik harta kepada penerima hibah. Harta tersebut bukan lagi menjadi hak milik Pemberi Hibah dan sebaliknya ia telah rnenjadi milik mutlak penerima hibah. Melalui cara pemberian Hibah Mutlak ini, pemberi hibah akan terus hilang kuasa terhadap harta tersebut. Manakala, penerima Hibah berhak menggunakan harta Hibah tersebut termasuklah menjual harta tersebut tanpa izin pemberi. Jika penerima Hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah, harta tersebut tetap akan menjadi harta pusaka penerima dan perlu diagihkan kepada waris-waris beliau.
Deklarasi Hibah
Deklarasi Hibah merupakan mekanisma yang menggabungkan Hibah dan Amanah sebagai satu instrumen perancangan harta pusaka mengikut hasrat dan keperluan pemilik harta. Pemberian melalui deklarasi ini dapat menjaga kepentingan pemberi dan juga menjamin hak penerima hibah. Cara ini juga memberi fleksibiliti kepada pemberi hibah untuk mengawal harta hibah selagi beliau masih hidup. Melalui mekanisma Deklarasi Hibah ini, pemilik harta boleh mengisytiharkan hasrat beliau untuk memberi harta melalui hibah kepada penerima tertentu. Pemberi Hibah akan bertindak sebagai Pemegang Amanah bagi hibah tersebut selagimana beliau masih hidup serta berupaya dan mampu urus harta Hibah. Harta Hibah akan dipindah milik kepada penerima hibah apabila pemberi hibah meninggal dunia. Pemegang Amanah yang diberi kuasa akan melaksanakan proses pindah milik harta hibah kepada penerima. Semasa tempoh amanah, penerima hibah akan menerima sebahagian manfaat harta hibah sebagai tanda penerimaan harta Hibah tersebut.Siapa yang Perlu sediakan DOKUMEN HIBAH ?
Golongan-golongan berikut digalakkan untuk menyediakan dokumen Deklarasi Hibah termasuklah mereka yang hanya mempunyai anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki), yang mempunyai anak -anak istimewa, anak kelainan upaya, anak angkat, yang memiliki perniagaan dan yang berhasrat untuk memastikan kesinambungan legasi perniagaan tersebut, mereka yang ingin memberi harta-harta tertentu kepada individu tertentu (sama ada waris Faraid atau bukan waris Faraid) tanpa had. Kelebihan Deklarasi Hibah ini termasuklah memaksimumkan pembahagian harta kepada individu-individu tersebut. Jika pemberi hibah meninggal dunia, Harta Hibah akan dipindah milik kepada penerima hibah dengan segera dan lancar tanpa bertangguh, mnalah harta tidak terbeku serta tidak perlu melalui proses pentadbiran harta pusaka yang rumit dan makan masa.

