Pelbagai cara dalam perancangan dan pengendalian harta pusaka, antaranya wasiat, hibah, harta sepencarian, amanah dan sebagainya. Namun, ramai yang beranggapan bahawa HIBAH adalah satu-satunya cara yang terbaik dalam pengendalian harta pusaka. Sebenarnya, HIBAH cuma salah satu instrumen (cara) perancangan pusaka dan ianya sendiri tidak mencukupi untuk melengkapkan perancangan dan pengendalian harta pusaka bagi seseorang. Adalah penting dan ambil tahu jenis-jenis HIBAH serta kebaikan dan kekurangannya. APA ITU HIBAH DAN KENAPA IA MEMUDAHKAN PROSES PENGURUSAN HARTA PUSAKA ANDA?

Hibah Mutlak

Hibah Mutlak adalah  pemberian Hibah yang dilaksanakan secara serta merta dimana pindah milik harta hibah daripada pemberi hibah kepada penerirna hibah berlaku secara langsung. Semasa hayat, pemberi hibah terus serah hak milik harta kepada penerima hibah. Harta tersebut bukan lagi menjadi hak milik  Pemberi  Hibah  dan sebaliknya  ia telah rnenjadi milik mutlak penerima hibah. Melalui cara pemberian Hibah Mutlak ini, pemberi hibah akan terus hilang kuasa terhadap harta tersebut. Manakala, penerima Hibah berhak menggunakan harta Hibah tersebut termasuklah menjual harta tersebut tanpa izin pemberi. Jika penerima Hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah, harta tersebut tetap akan menjadi harta pusaka penerima dan perlu diagihkan kepada  waris-waris beliau. ibu-menangis – Kifarah Media

Deklarasi Hibah

Deklarasi  Hibah merupakan mekanisma yang menggabungkan Hibah dan Amanah sebagai satu instrumen perancangan harta pusaka mengikut hasrat dan keperluan pemilik harta. Pemberian melalui deklarasi ini dapat menjaga kepentingan pemberi dan juga menjamin hak penerima hibah. Cara ini juga memberi fleksibiliti kepada pemberi hibah untuk mengawal harta hibah selagi beliau masih hidup. Melalui mekanisma Deklarasi Hibah ini, pemilik harta boleh mengisytiharkan hasrat beliau untuk memberi harta melalui hibah kepada penerima tertentu. Pemberi Hibah akan bertindak sebagai Pemegang Amanah bagi hibah tersebut selagimana beliau masih hidup serta berupaya dan  mampu  urus harta Hibah. Harta Hibah akan dipindah milik kepada penerima hibah apabila pemberi hibah meninggal dunia. Pemegang Amanah yang diberi  kuasa akan melaksanakan proses pindah milik harta hibah kepada penerima. Semasa tempoh amanah, penerima hibah akan menerima sebahagian manfaat harta hibah sebagai tanda penerimaan harta Hibah  tersebut.

Siapa yang Perlu sediakan DOKUMEN HIBAH ?

Golongan-golongan berikut digalakkan untuk menyediakan dokumen Deklarasi Hibah termasuklah mereka yang hanya mempunyai anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki), yang mempunyai anak -anak istimewa, anak kelainan upaya, anak angkat, yang memiliki perniagaan dan yang berhasrat untuk memastikan kesinambungan legasi perniagaan tersebut, mereka yang ingin memberi harta-harta tertentu kepada  individu tertentu (sama ada waris Faraid atau bukan waris Faraid) tanpa had. Kelebihan Deklarasi Hibah ini termasuklah memaksimumkan pembahagian harta kepada individu-individu tersebut. Jika pemberi hibah meninggal dunia, Harta Hibah akan dipindah milik kepada penerima hibah dengan segera dan  lancar  tanpa  bertangguh,  mnalah harta tidak terbeku serta tidak perlu melalui proses pentadbiran harta pusaka yang rumit dan makan masa. Tahu Tak 6 Perkara Ni Sebenarnya Penting Sangat Untuk Mak Ayah Korang Di  Usia Emas Mereka!  

Kesimpulan

Islam menggalakkan  umatnya  untuk melakukan hibah sesuai dengan hadis yang diriwayatkan  daripada  Saidatina  Aishah R.A,  Nabi  SAW  bersabda  : “Berilah hibah di antara kamu, kerana Hibah membawa pergi dendam”.    (Riwayat  Al-Bukhari).

Dalam merancang harta pusaka, Hibah merupakan satu instrumen yang sangat baik, terutamanya bagi yang ingin memastikan  sesuatu harta itu dapat diberikan kepada individu tertentu. Tanpa perancangan serta persediaan yang betul, harta yang ditinggalkan berkemungkinan besar boleh menjadi beban dan masalah kepada ahli keluarga. Yang lebih merisaukan adalah risiko perebutan dan pertelingkahan di antara waris. Untuk pertanyaan lanjut , hubungi https://iepaisyah.wasap.my/   Pelbagai cara dalam perancangan dan pengendalian harta pusaka, antaranya wasiat, hibah, harta Read more

Hutang Selepas Mati adalah satu perkara yang penting dan perlu diambil berat oleh semua umat Islam.  Dalam perancangan harta pusaka, ramai yang lebih mementingkan pembahagian harta, tetapi kurang peka terhadap hutang yang ditinggalkan.

Tanggungjawab siapakah untuk menjelaskan hutang si mati ?

Dalam hal penghutang telah meninggal dunia dan tidak sempat selesaikan hutangnya, maka, hutang itu haruslah dijelaskan oleh waris-waris.

 

Tiada jalan lain kecuali pihak yang memberikan hutang itu menghalalkannya, maka barulah terlepas si mati daripada belenggu hutang di akhirat kelak.

 

Image result for roh tergantung sebab hutang

Namun, hutang ini bukan sahaja sesama manusia, tetapi hutang juga melibatkan PENCIPTA. Contohnya, jika si mati tidak mengeluarkan zakat harta semasa hidup, maka fuqaha menyatakan bahawa adalah wajib dikeluarkan ZAKAT tersebut sebelum harta-harta si mati dibahagikan kepada waris-waris.

 

Begitu juga dengan HUTANG KIFARAT, HUTANG NAZAR dan HUTANG HAJI. Hal – hal ini dinamakan hutang kepada ALLAH SWT. Seperti yang dinyatakan oleh Imam As-Syafie bahawa hutang hendaklah dilunaskan sebelum senarai hutang-hutang lain.

 

Perlu diambil tahu bahawa hutang Kifarat boleh berlaku seandainya si mati semasa hidupnya melakukan perkara yang menyebabkan dia dikenakan kifarat. Antaranya, Kifarat kerana bersetubuh di siang hari pada bulan Ramadahm kifarat kerana meninggalkan sumpah dan sebagainya.

 

Bagaimana pula dengan hutang nazar ? Hutang nazar adalah ucapan yang dilakukan dengan maksud untuk mencapai sesuatu hajat. Misalnya, si “A” berkata “jika saya dapat kerja di syarikat xx, saya akan memberi makanan kepada orang fakir selama 2 minggu.” Nazar ini menjadi wajib untuk ditunaikan jika si “A” dapat kerja di syarikat xx.

 

Sementara itu, hutang haji adalah hutang bagi seseorang yang telah cukup segala syarat dan wajib haji, tetapi tidak sempat melakukannya. Maka, para warisnya perlulah melaksanakan ibadat itu bagi pihak dirinya, sama ada dengan melantik pihak lain melakukan haji tersebut (badal haji) atau mereka sendiri yang melakukanya.

 

Hutang Zakat pula terjadi apabila seseorang yang cukup syarat tetapi mengabaikan kewajipan bayar zakat sewaktu masih hidup. Kegagalan membayar zakat itu mungkin atas sebab kelalaian atau terhalang atas sebab-sebab tertentu. Oleh demikian, wajiblah bagi warisnya mengeluarkan zakat yang telah ditentukan dan ia dianggap hutang zakat.

 

Salah satu cara / kaedah yang penting untuk dilakukan bagi seseorang yang banyak hutang ialah dengan menyediakan surat / dokumen wasiat yang mengatakan mengenai hutang-hutang yang masih belum dijelaskan. Hutang-hutang tersebut termasuklah hutang peribadi, hutang pinjaman dengan mana-mana pihak, hutang zakat dan sebagainya.

 

Wajib bagi surat wasiat tersebut dibacakan kepada semua waris sebelum harta pusaka dibahagikan. Namun, dalam dunia moden kini, kita juga boleh menggunakan system Kafalah (jaminan hutang) atau takaful, iaitu apabila berlakunya kematian maka hutang-hutang itu secara automatic dibiayai sepenuhnya oleh pihak takaful. Hal ini sudah tentu meringankan semua pihak dalam menghadapi hari-hari selepas kematian.

Wallahua’lam.

 

(Petikan ini dihasilkan dengan rujukan dari "Harta Dunia Saham Akhirat" oleh Hamizul Abdul Hamid.
Hutang Selepas Mati adalah satu perkara yang penting dan perlu diambil berat oleh semua umat Read more