MY MONEY AND ME



Category : Article

 

“My Money and Me”-  a Financial Knowledge awareness campaign which will be rolled out nationwide in conjunction with the Global Money Week 2021 campaign (March 22-28). This awareness campaign is organised by the OECD International Network on Financial Education with the theme “Take care of yourself, Take care of your money.”

 

The theme of the campaign “Take care of yourself, Take care of your money, clearly pointed out the fact that everyone of us need to take care of ourselves by taking care of our money. In the way, it means, when we take care of our money, the money will take care of us, when we are in need.

From the statistics of Bankruptcy in Malaysia 2019, it shows that 35% (the highest percentage) of Malaysian bankruptcy are comprises of them age between 35 to 44, follow by 25.29% (age between 45 to 54) and 25.18% (age between  25 to 34). This is an alarming statistics for us to realise that the age group is young.

Source : Malaysia Department of Insolvency 2019 – http://www.mdi.gov.my/index.php/legislation/bankruptcy/1548-bankruptcy-statistic-disember-2019

 

As we look at this alarming statistics, we cant help but start thinking why and how did Malaysians at such young age get into debts? Then we look at the reasons of bankruptcy per below chart :

From the chart, it shows that 32.07% (which is the highest statistics) of the declared bankruptcy is due to Personal Loan., follow by Hire Purchase (Car Loan) at 21.53%, Mortgage (Home Loan) at 12.57%, Business Loan at 10.15% and Credit Card debts at 10% and so on.

Then, there goes the next question, why would our millennials and young generations go for Personal Loan? Well, there are various reasons which include taking up loans to pay off study loans, to get married, to pay off credit cards etc…. and the issue of creating more debts from one loan to more loans just does not solve the problem which ultimately falls back to the root cause of lacking the knowledge in Financial Planning and Financial Management.

 

As quoted,

“You must gain control over your money or the lack of it will forever control you.” – Dave Ramsey

No point working hard and making a lot of money, but not knowing how to manage it.

Thus, having the knowledge of Financial Management and Financial Planning is important. The earlier one learns about this, the better it is as it helps every adults to start managing its first salary. It is about having good financial management discipline, practice the good habit consistently, be committed and keep monitoring regularly.

It is important for everyone to understand that the concept of Financial Planning is having a strategic way to plan, manage and monitor one’s income and expenses using a holistic way via a systematic planning manner. Financial Planning is NOT just about any insurance agent or unit trust agent coming to you with proposals for specific products and plans only.

Anyone who wishes to get a Financial Review or learn more tips on Financial Planning, click here for a Free Consultation.

 

Reading Reference : https://www.theedgemarkets.com/article/financial-knowledge-planning-vital-preventing-bankruptcy-scams-%E2%80%94-tengku-zafrul

  “My Money and Me”-  a Financial Knowledge awareness campaign which will be Read more

PENJAGA HARTA DAN PEMEGANG AMANAH



Category : Article

Kita sering dilandai berita di mana kemalangan jalan raya yang menimpa keluarga, di mana kedua-dua ibu bapa meninggal dunia dan tinggalkan anak-anak yang masih kecil, dan bawah umur.

Agaknya, siapa yang sudi mengambil alih tugas ibu bapa mereka untuk menjaga dan menyara mereka? Tugas menjaga anak – anak ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan tanggungjawab yang besar serta pengorbanan tenaga dan wang ringgit.

Jika ini berlaku kepada kita, sudahkah kita telah membuat perancangan dan persediaan untuk anak-anak  agar mereka dapat meneruskan kehidupan dalam keadaan yang baik dan kebajikan mereka tidak terabai?

 

Yang pasti anak-anak kita yang masih di bawah umur perlukan tempat perlindungan yang selamat dan dalam keadaan yang baik. Penjaga diri serta Penjaga Harta yang dipercayai, bantuan untuk meneruskan hidup serta pelajaran mereka. Anak-anak perlukan  seseorang  yang amanah untuk menguruskan harta pusaka yang bakal mereka warisi kelak  serta sokongan dan bantuan jika mereka ditinggalkan dalam keadaan kurang  baik.

 

Justeru itu, ibu bapa yang mempunyai anak bawah umur perlu bersedia dan buat perancangan seperti yang dinyatakan dibawah agar kebajikan anak-anak :

1. Menulis  Wasiat segera

Mengapa ? – kerana dokumen wasiat adalah satu-satunya dokumen yang akan bercakap  bagi pihak  kita  selepas kita meninggal dunia. la juga boleh menjamin don memelihara hak anak-anak yatim serta mengelakkan pihak-pihak tertentu memakan harta batil dan membuat dosa kerana mengambil harta dengan cara yang tidak sepatutnya.

Sewaktu merangka wasiat, elemen penting adalah Perlantikan WASI dan Perlantikan PENJAGA HARTA.

Antara Kriteria / Perkara- perkara penting berikut rmestilah  diambil kira :

  • Melantik WASI yang bertanggungjawab dan berkebolehan untuk mentadbir harta pusaka. Dengan ini, kerja-kerja pengurusan bagi pengumpulan aset, pencairan aset, penyelesaian hutang dunia dan akhirat serta pengagihan harta depat dilakukan dengan segera
  • Melantik PENJAGA HARTA  yang  amanah don bertanggungjawab untuk memegang dan menguruskan harta yang bakal diwarisi oleh anak­-anak bawah umur. Dimana penjaga perlulah menguruskannya dengan amanah untuk kebajikan anak-anak tersebut sehingga mereka berusia 18 tahun. Pewasiat juga boleh memberikan arahan khusus kepada penjaga tentang cara menguruskan harta yang diwarisi oleh anak-anak semasa tempoh jagaan.

 

  • Menyenaraikan liabilti serta harta yang sedia ada untuk memudahkan1 urusan Wasi membuat pentadbiran
  • Menyatakan hasrat pengagihan
  • Digalakkan untuk memperuntukan tidak melebihi l/3 daripada harta untuk tujuan amal jariah atau wakaf sebagai saham akhirat. Boleh juga diberikan kepada benefisiari selain daripada waris faraid seperti anak angkat, ahli keluarga yang bukan beragama Islam.
  • Tinggalkan pesanan dan amanat terakhir dan nasihat yang baik kepada waris-waris.

2. Membentuk Amanah – bagi harta tunai dan sijil Takaful atau polisi lnsurans. Melalui pembentukan amanah ini kita boleh melantik pemegang amanah yang jujur, amanah serta berwibawa untuk memegang dan menguruskan harta-harta amanah mengikut terma syarat yang kita tentukan. Ia juga akan menentukan bahagian yang akan diterima oleh setiap benefisiari mengikut peratus yang kita tentukan.

Dengan mengambil langkah -langkah di atas, harta-harta amanah tersebut tidak akan terbeku selepas kematian pemiliknya kerana diuruskan oleh pemegang amanah malah ia juga tidak tertakluk kepada hukum Faraid dan ia bukan pusaka. Malah Harta Amanah tersebut boleh digunakan sebagai sumber utama dengan cepat untuk kegunaan anak­-anak yang ditinggalkan bagi tujuan saraan hidup, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Melantik Penjaga Harta dan Pemegang Amanah yang tepat, betul, bersifat jujur dan amanah serta berwibawa adalah amat penting kerana mereka akan mengambil alih tugas ibu bapa serta memikul tugas dan tanggungjawab yang berat untuk memastikan segala hak dan kebajikan anak­ anak yatim terpelihara. Tugas dan tanggungjawab mereka disebut oleh Allah di dalam surah An Nisa ayat 2 seperti berikut:

Firman Allah bermaksud “berikanlah kepada anak-anak yatim yang telah baligh harta mereka, dan janganlah kamu tukar gantikan yang baik dengan yang buruk, dan janganlah kamu makan harta mereka dengan menghimpunkannya dengan harta kamu kerana sesungguhnya yang demikian itu adalah dosa besar”

Kita sering dilandai berita di mana kemalangan jalan raya yang menimpa keluarga, di mana Read more

Harta Sepencarian, sering didengari. Apa sebenarnya erti Harta Sepencarian dan apakah hak seorang suami atau seorang isteri dalam menuntut Hak Harta Sepencarian masing-masing ?

Jom sama-sama kita membincangkan topik ini.

Harta-harta yang tergolong dalam harta sepencarian termasuklah harta alih dan harta tak alih. Harta alih adalah seperti wang tunai, saham, kereta, simpanan, barang kemas dan sebagainya. Manakala harta tak alih adalah sebarang bentuk hartanah seperti rumah dan tanah di mana aset-aset dan modal yang dihasilkan atas hasil carian dan perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.

Undang-undang  dan  Mahkamah  Syariah di Malaysia mengiktirafkan sumbangan isteri ke atas perolehan harta sepencarian samada sumbangan secara langsung berbentuk wang atau sumbangan kasih sayang isteri kepada suami serta anak-anak mereka, ianya termasuklah usaha dan penat lelah yang terlibat dalam menjaga dan menguruskan kehidupan keluarga. Pengorbanan juga dianggap sebagai sumbangan secara tidak langsung daripada pihak isteri dalam harta sepencarian.

 

Bagaimana Tuntutan Harta Sepencarian?

  

Pihak-pihak boleh menuntut Harta Sepencarian melalui Mahkamah Syariah dalam tiga (3) keadaan iaitu apabila berlaku

  1. perceraian hidup diantara suami dan isteri
  2. kematian suami atau isteri atau
  3. suami berpoligami

Bagi tuntutan Harta Sepencarian selepas kematian, tuntutan boleh dibuat oleh pasangan yang masih hidup. Melalui tuntutan tersebut, mahkamah akan mengiktirafkan harta­- harta tertentu sebagai harta sepencarian dan menetapkan bahagian khusus pihak-pihak berkenaan. Bahagian khusus tersebut akan dibahagikan terlebih dahulu kepada pasangan yang masih hidup sebelum harta tersebut dibahagikan menurut Wasiat dan Faraid sebagai harta pusaka.

 

Turutan keutamaan pentadbiran dan pewarisan harta pusaka orang Islam apabila berlaku kematian adalah :

  1. Menyelesaikan  perbelanjaan  pengebumian
  2. Menyelesaikan hutang piutang dunia dan akhirat
  3. Menyelesaikan tuntutan harta  sepencarian
  4. Melaksanakan wasiat
  5. Membahagikan baki harta mengikut Hukum Faraid

 

Melalui Faraid, bahagian suami ke atas harta pusaka adalah sebanyak l/2 atau l/4 manakala bahagian isteri adalah sebanyak l/4 atau l/8. Justern itu, melalui tuntutan harta sepencarian di mahkamah Syariah, ia akan tambah serta membesarkan nilai dan bahagian suami atau isteri yang masih hidup ke atas harta berkenaan di samping kebajikan mereka akan lebih terjamin.

 

Kesimpulan

Undang-Undang Islam di Malaysia telah memberi hak  harta   sepencarian   kepada   pasangan suami isteri.   Namun  hak tersebut  perlulah dituntut melalui proses undang-undang di mona pihak-pihak perlu mengemukakan bukti-bukti kewujudan harta berkenaan serta sumbangan masing-masing ke atas perolehan harta tersebut. la akan melalui proses yang  panjang dan rumit serta kos yang tinggi.

Untuk proposes pentadbiran dokumen Harta Sepencarian yang lebih senang dan lancar, pasangan suami isteri boleh menandatangani dokumen yang dinamakan Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB) dimana melalui perjanjian ini  pasangan  suami  dan  isteri baleh merancang cara pembahagian harta sepencarian antara mereka, sewaktu perkahwinan masih dalam keadaan yang baik. Melalui  perjanjian ini juga , proses mahkamah yang panjang dan rumit dapat dielakkan.

 

Harta Sepencarian, sering didengari. Apa sebenarnya erti Harta Sepencarian dan apakah hak Read more

Image result for cerai

Baru-baru ini, banyak kes penceraian didapati di pelbagai akhbar dan media sosial. Banyak juga antara kes-kes penceraian ini yang mengejutkan golongan masyarakat. Bukan untuk kami sebagai pihak luar untuk memberi komen, tetapi , diharapkan para pembaca boleh mengambil ikhtibar daripada kejadian yang berlaku dan doakan yang terbaik demi rumahtangga yang bahagia.

 

Walaubagaimana pun, adalah digalakkan supaya kedua-dua suami dan isteri mengambil tahu tentang hak masing-masing dan membuat dokumentasi yang sesuai sementara hubungan masih baik.

 

Salah satu hak yang suami isteri boleh tuntut selepas penceraian adalah Harta Sepencarian. Apakah itu Harta Sepencarian ? … dan apakah hak masing-masing dalam konteks Harta Sepencarian ?

 

Dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya hasil daripada sumber-sumber atau usaha mereka bersama. Harta Sepencarian juga dikenali sebagai carian laki bini.

Sebenarnya di Malaysia harta sepencarian ini berasal daripada amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu iaitu adat Temenggung dan adat Perpatih. Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan sebahagian kecil Melaka manakala adat Temenggung diamalkan di negeri-negeri selain dari negeri di atas.

Adat Temenggung mentakrif harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh oleh kedua-dua suami dan isteri semasa perkahwinan. Seandainya perkahwinan itu telah mencapai usia tiga tahun dan pasangan telah mempunyai anak, maka harta sepencarian adalah harta yang pasangan peroleh atau miliki sebelum mereka berkahwin.Mengikut prinsip asasnya, jika pasangan bercerai atau salah seorang daripada pasangan meninggal dunia maka kedua-dua pihak berhak mendapat bahagian di dalam harta sepencarian tersebut (dalam hal perceraian) atau pasangan yang masih hidup berhak mendapatkan harta sepencarian (dalam hal kematian).

Pada dasarnya tidak terdapat dalil khusus di dalam al-Quran dan al-Sunnah yang menerangkan kedudukan Harta Sepencarian dalam Islam. Pemakaiannya diambil dari segi kaedah ‘uruf. Dalam perundangan Islam, apabila sesuatu ‘uruf diakui kebaikannya dan diberi pengiktirafan undang-undang, maka ia bertukar menjadi suatu peraturan yang mesti diikuti.

 

Image result for cerai

 

DALIL DAN PENDAPAT ULAMA’

Harta sepencarian bukan lagi soal adat semata-mata bahkan telah dikanunkan dalam perundangan dan mengikut prinsip-prinsip Hukum Syara’. Perkara ini boleh dilihat dalam kaedah fiqh Islam yang ada seperti yang dijelaskan oleh al-Sayuti didalam kitab “al-Asybah wa al-Nazair fi al-Qawaid wa al-Furu’ ” di halaman 354 bahawa;“Adat resam sesuatu bangsa atau kaum yang tidak bertentangan dengan Islam adalah boleh diterima pakai sebagai sebahagian daripada peraturan hidup dan perundangan bagi sesebuah Negara”.

Di dalam kaedah fiqh atau “al-qawaid al-Fiqhiyyah” ia dikenali dengan kaedah “al-Adat Muhakkamah”. Adat yang juga dikenali dengan ‘urf menurut jumhur fuqaha’ telah ditakrifkan sebagai “sesuatu yang telah menjadi kebiasaan oleh manusia dan mematuhinya dalam urusan kehidupan harian sehingga sebati dengan mereka dan menjadi suatu perkara yang lumrah, sama ada ‘urf itu qauli atau amali, am atau khas, sahih atau fasid”. Ini ditakrifkan oleh Abdul Karim Zaidan dalam kitab al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh, halaman 252 dan kitab al-Qawaid al-Fiqhiyyah oleh Haji Muhamad Soleh bin Haji Ahmad, Pustaka Haji Abdul Majid di halaman 622.

Agama Islam mengiktiraf pemilikan setiap individu terhadap harta. Setiap individu termasuk suami dan isteri berhak memiliki sebarang harta kerana ikatan perkahwinan Islam sama sekali tidak menafikan atau membataskan hak tersebut. Islam menganggap harta sepencarian sebagai satu cara pengiktirafan harta yang boleh dimiliki oleh seseorang di atas daya usahanya untuk memiliki harta tersebut. Harta Sepencarian ialah harta yang dimiliki atau diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan usaha secara langsung atau tidak langsung. Ini dibuktikan melalui firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Nisa’, ayat 32;

Maksudnya: “Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia Yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian Yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Al-Imam al-Shafie telah berkata didalam kitabnya “al-‘um”, halaman 328;
اذا اختلف الرجل والمراة فى متاعالبيت الذي هما فيه ساكنان وقد افترقا او ماتا او مات احدهما فاختلف ورثتهما او ورثت احدهما بعد موته فذالك كله سواء

Maksudnya: “Apabila berlaku pertelingkahan antara seorang lelaki dan seorang perempuan terhadap mata benda atau perkakas rumah yang mana kedua mereka mendiami rumah berkenaan, kerana mereka berpisah (bercerai); atau sekali pun tidak berpisah; atau kedua suami isteri itu meninggal dunia; atau salah seorang daraipada mereka berdua meninggal dunia; yang mana dalam keadaan kedua suami isteri itu meninggal dunia; atau salah seorang daripada mereka berdua meninggal dunia, berlaku pertelingkahan di antara waris kepada kedua-dua pihak atau pertelingkahan oleh waris kepada salah satu dari kedua pihak itu; maka kedudukan cara penyelesaian semuanya adalah serupa…..?”

Tambahan lagi, Mahkamah juga merujuk kepada pendapat Ibn Qayyim yang menyebut di dalam kitabnya “ Al-Turuq al-hukmiyyah fi al-siyasah al-Syari’iyyah, di halaman 30; bermaksud: Yang demikian sebilangan besar Ahli Perundangan (Jumhur fuqaha’) menyatakan kes dakwaan dua orang suami isteri berhubung dengan perabot rumah dan kes dua orang tukang rumah berhubung dengan sebuah kedai, bahawa pendapat yang menyatakan percakapan orang yang ada menunjukkan satu petunjuk di atas kebenarannya itulah yang diterima. Dan yang tepat dalam persoalan seperti ini tidak boleh dianggap semata-mata kerana memegang dengan tangan atau menguasai atas sesuatu harta dengan mendapat nama dalam geran tanah dan sebagainya akan menjadikan haknya seorang sahaja, malah adanya sama seperti ketiadaannya, dan jika ini boleh diterima, nescaya kita akan terima juga pengakuan seorang yang merampas serban daripada seorang yang sedang mengikutinya dibelakangnya dalam keadaan kepalanya terdedah tanpa kain serban. Oleh itu kami memutuskan bahawa ini adalah tangan yang zalim lagi perampas. Maka tidak boleh diterima pengakuannya”.

Al Bajuri pula menjelaskan di dalam “Hasyiah al-Bajuri” Juz. 2, halaman 347 dan 348 bahawa maksudnya; “Jikalau keduanya mendakwa sesuatu sama ada pada pemilik salah seorang daripadanya, maka kata pemutusnya ialah pemilik itu sendiri dengan sumpah tetapi jikalau ketika itu dalam milik kedua-duanya, maka kedua-duanya hendaklah bersumpah, kemudian barang-barang itu termasuk hamparan yang diduduki dan unta yang ditunggang, dan juga rumah yang didiami”.

Mahkamah juga merujuk kepada Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pahang 2005 (Enakmen 3) yang mentakrifkan Harta Sepencarian sebagai “Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak”.

Kuasa Mahkamah dalam memerintahkan harta sepencarian diperuntukkan di dalam Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 2005 (Enakmen 3) iaitu :-

122. (1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan dibahagi antara pihak-pihak itu.

Image result for cerai

KEHENDAK UNDANG-UNDANG BERKAITAN HARTA SEPANCARIAN

Di dalam menentukan apa-apa aset atau harta sebagai Harta sepencarian, kita hendaklah memahami kehendak undang-undang bahawa maksud harta sepencarian itu boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu:-

1) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha bersama mereka;

2) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu; dan

3) Harta yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’ oleh pihak yang satu itu atau dengan usaha bersama suami isteri.

Dalam kes dari Wilayah persekutuan, Yang Chik lwn. Abdul Jamal (1986) 6 JH 146, Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman, Kadi Besar telah berkata:

“Konsep harta sepencarian ialah harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan dengan masing-masing suami isteri sama-sama menyumbang tenaga atau wang ringgit untuk mendapat harta tersebut”.

Jika si suami yang menceraikan tanpa ada sebarang kesilapan di pihak isteri, suami mestilah memberi nafkah selama tiga bulan dan semua harta perlu dibahagikan. Harta yang merupakan senjata atau alat perang diserahkan kepada suami. Dia juga akan menanggung apa-apa hutang atau cukai. Sementara semua perkakasan rumah dan tembaga akan diserahkan kepada isteri. Isteri juga akan mendapat rumah perkahwinan yang mereka diami serta tanah.
Jika si isteri yang memohon cerai, isteri hanya akan memperoleh perceraian jika dia dapat membuktikan kes nya (fasakh) dan selepas perceraian, isteri perlu mengembalikan semua harta boleh alih kepada suaminya. Ini bermakna, mengikut adat Temenggung, isteri tidak boleh memohon cerai dan jika dia berbuat demikian, dia kehilangan hak harta boleh alih daripada suaminya.

Undang-undang adat Temenggung ini berbeza-beza dari satu negeri ke negeri yang lain. Contohnya di Perak, apabila perceraian berlaku, seorang isteri yang telah menyumbangkan usahanya mengerjakan tanah milik pasangan tersebut, adalah berhak ke atas separuh daripada tanah yang diperoleh ketika perkahwinan.

Sedangkan, jika dia tidak memberikan apa-apa sumbangan, dia tetap akan mendapat 1/3 daripada harta sepencarian.

Prinsip yang sama juga terpakai seandainya mana-mana pasangan meninggal dunia. Harta yang selebihnya akan diberikan kepada anak-anak atau ahli keluarga yang lain mengikut hukum faraid.

HUKUM SYARAK

Islam menerima pemakaian apa-apa adat selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Jika dilihat kepada dua kes yang lama itu, jelas bahawa tuntutan harta sepencarian telah berlaku sebelum merdeka iaitu seawal 1919. Ia bukan perkara baharu di Malaysia dan akhirnya hukum adat ini dikanunkan sebagai sebahagian daripada Undang-undang Islam yang ada di Malaysia.

Adat Perpatih juga turut memperuntukkan mengenai harta sepencarian. Namun begitu ia menggunakan prinsip yang agak berbeza. Menurut adat ini harta sepencarian perlu dibahagikan mengikut prinsip berikut: Carian Bahagi, Dapatan Tinggal, Pembawa Kembali, Suku Belah, Suarang Berage. Maksudnya apa-apa harta yang diperoleh ketika berkahwin perlulah dibahagi di antara pasangan seandainya mereka bercerai. Jika mereka tiada anak dan suami mati maka harta itu akan menjadi milik isteri, prinsip yang sama juga terpakai jika isteri yang mati.

Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka pembahagian yang akan dilakukan ke atas harta tersebut perlulah dibincangkan terlebih dahulu dengan semua benefisiari. Di dalam adat ini juga harta sepencarian tidak termasuk apa-apa harta yang diperoleh oleh suami sebelum perkahwinan dan dibawa masuk ke dalam perkahwinan. Harta tersebut akan dipulangkan kepadanya semula jika bercerai dan jika mati kembali kepada sukunya. Prinsip yang sama juga diaplikasikan kepada isteri.

Pembahagiannya akan dilakukan setelah semua hutang dilangsaikan. Jumlahnya adalah sama rata di antara suami dan isteri walaupun mereka mempunyai anak ataupun isteri itu diceraikan kerana berzina. Pengecualian kepada prinsip pembahagian ini adalah jika perceraian itu adalah cerai taklik. Dalam hal ini maka si isteri akan mendapat keseluruhan harta sepencarian.

Walaubagaimanapun, penerangan di atas hanyalah penerangan umum yang mana terdapat beberapa isu yang timbul dari harta sepencarian berdasarkan fakta kes. Antaranya, isu harta sepencarian yang melibatkan harta felda, rezab melayu dan sebagainya yang memerlukan penerangan yang lebih detail kerana melibatkan peruntukan undang-undang yang berbeza seperti Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Enakmen Rizab Melayu dan sebagainya. Pihak-pihak yang ingin membuat permohonan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat guaman yang lebih terperinci dari mana-mana peguam syarie/ peguam JBG bertauliah.

 

Image result for cerai

Baru-baru ini, banyak kes penceraian didapati di pelbagai akhbar dan media sosial. Banyak juga Read more

RETIREMENT ! Ha ! it is an exciting and significant milestone that many look forward to after years of hard work.  Are you ready for your retirement ? What do you anticipate during your retirement ? What do you expect , or rather, what do you know or didnt’ know about the cost involved during Retirement ?

 

Regardless what are your visions or what you anticipate your retirement would be …. well, life is unpredictable! Some imagine to be traveling around the world with their loved ones, some may imagine staying home with their grand children, while some dream to be doing “nothing” and just resting at home, entertaining themselves with their hobbies…Whatever you plans are and no matter how solid you have planned out your retirement funds, you may want to take note of some of these areas.

Let’s discuss about some unexpected expenses that retirees often face :

Image result for medications

  1. HEALTHCARE 

For many retirees, the cost involved in healthcare is often one of the most critical and crucial concern. Any unexpected illnesses can devastate the finance and the fund saved up for retirement. Even if you are in the pink of heath condition now, it is always good to have a separate amount set up to stand-by for healthcare. Besides all the regular medical check ups, it is advisable to have funding set aside in case nursing home is needed, special care, or treatments are required.

Image result for retirement

2. ENTERTAINMENT 

Well, you may not see the needs for entertainment while you are working now, simply because you are spending most of your days in the office. However, once you are in the situation where you are no longer need to be in the office, you will be having the additional 10 to 12 hours a day to yourself, and that is when you need activities to entertain and occupy your time with ! Whatever your entertainment or hobbies are, eating, watching TV, travelling, golfing, shopping, socializing etc etc cost money! With no regular income, think about the funding of these activities. Well, of course, you can still enjoy these activities, but just to be more cautious with the spending.

 

Image result for bills

3. REGULAR EXPENSES

With proper financial planning prior to retirement, hopefully you have had your home loans, car loans, personal loans etc settled by the time you retire. Having to pay for regular bills without a fixed income like before may be a burden and worrying matters by then.

 

Image result for what to expect

4. UNEXPECTED BILLS

Annual quit rent, car repair, tax matters, a much needed house maintenance or renovation etc may be some of the unexpected expenses that pops up and affect your regular monthly expenses calculations. Therefore, having a separate emergency fund is not a bad idea.

 

Well, many think that they have EPF / KWSP / investment / savings etc in place and need not worry much. However, the tips is to firstly determine what kind of lifestyle would you want to live and then identify the expenses required to achieve that kind of lifestyle, and well of course the cost of inflation needs to be calculated too! And, it is always good to over estimate what you need and be prepared for the worst.

 

Image result for happy retire

In summary, being financially independent during your old days is not just about leading a debt free and living comfortable, it is also bout aging gracefully with dignity, pride and not giving burden to your loved ones.

 

 

RETIREMENT ! Ha ! it is an exciting and significant milestone that many look forward to after Read more

Hutang Selepas Mati adalah satu perkara yang penting dan perlu diambil berat oleh semua umat Islam.  Dalam perancangan harta pusaka, ramai yang lebih mementingkan pembahagian harta, tetapi kurang peka terhadap hutang yang ditinggalkan.

Tanggungjawab siapakah untuk menjelaskan hutang si mati ?

Dalam hal penghutang telah meninggal dunia dan tidak sempat selesaikan hutangnya, maka, hutang itu haruslah dijelaskan oleh waris-waris.

 

Tiada jalan lain kecuali pihak yang memberikan hutang itu menghalalkannya, maka barulah terlepas si mati daripada belenggu hutang di akhirat kelak.

 

Image result for roh tergantung sebab hutang

Namun, hutang ini bukan sahaja sesama manusia, tetapi hutang juga melibatkan PENCIPTA. Contohnya, jika si mati tidak mengeluarkan zakat harta semasa hidup, maka fuqaha menyatakan bahawa adalah wajib dikeluarkan ZAKAT tersebut sebelum harta-harta si mati dibahagikan kepada waris-waris.

 

Begitu juga dengan HUTANG KIFARAT, HUTANG NAZAR dan HUTANG HAJI. Hal – hal ini dinamakan hutang kepada ALLAH SWT. Seperti yang dinyatakan oleh Imam As-Syafie bahawa hutang hendaklah dilunaskan sebelum senarai hutang-hutang lain.

 

Perlu diambil tahu bahawa hutang Kifarat boleh berlaku seandainya si mati semasa hidupnya melakukan perkara yang menyebabkan dia dikenakan kifarat. Antaranya, Kifarat kerana bersetubuh di siang hari pada bulan Ramadahm kifarat kerana meninggalkan sumpah dan sebagainya.

 

Bagaimana pula dengan hutang nazar ? Hutang nazar adalah ucapan yang dilakukan dengan maksud untuk mencapai sesuatu hajat. Misalnya, si “A” berkata “jika saya dapat kerja di syarikat xx, saya akan memberi makanan kepada orang fakir selama 2 minggu.” Nazar ini menjadi wajib untuk ditunaikan jika si “A” dapat kerja di syarikat xx.

 

Sementara itu, hutang haji adalah hutang bagi seseorang yang telah cukup segala syarat dan wajib haji, tetapi tidak sempat melakukannya. Maka, para warisnya perlulah melaksanakan ibadat itu bagi pihak dirinya, sama ada dengan melantik pihak lain melakukan haji tersebut (badal haji) atau mereka sendiri yang melakukanya.

 

Hutang Zakat pula terjadi apabila seseorang yang cukup syarat tetapi mengabaikan kewajipan bayar zakat sewaktu masih hidup. Kegagalan membayar zakat itu mungkin atas sebab kelalaian atau terhalang atas sebab-sebab tertentu. Oleh demikian, wajiblah bagi warisnya mengeluarkan zakat yang telah ditentukan dan ia dianggap hutang zakat.

 

Salah satu cara / kaedah yang penting untuk dilakukan bagi seseorang yang banyak hutang ialah dengan menyediakan surat / dokumen wasiat yang mengatakan mengenai hutang-hutang yang masih belum dijelaskan. Hutang-hutang tersebut termasuklah hutang peribadi, hutang pinjaman dengan mana-mana pihak, hutang zakat dan sebagainya.

 

Wajib bagi surat wasiat tersebut dibacakan kepada semua waris sebelum harta pusaka dibahagikan. Namun, dalam dunia moden kini, kita juga boleh menggunakan system Kafalah (jaminan hutang) atau takaful, iaitu apabila berlakunya kematian maka hutang-hutang itu secara automatic dibiayai sepenuhnya oleh pihak takaful. Hal ini sudah tentu meringankan semua pihak dalam menghadapi hari-hari selepas kematian.

Wallahua’lam.

 

(Petikan ini dihasilkan dengan rujukan dari "Harta Dunia Saham Akhirat" oleh Hamizul Abdul Hamid.
Hutang Selepas Mati adalah satu perkara yang penting dan perlu diambil berat oleh semua umat Read more
Makin ramai di kalangan umat Islam yang bertanya-tanyakan apakah itu Hibah ? Ramai juga yang ingin hibahkan rumah, tanah, akaun bank dan sebagainya kepada orang yang mereka sayangi.   Apakah itu Hibah ? Sebenarnya, Apakah itu HIBAH ? HIBAH adalah salah satu instrumen perancangan kewangan dan harta pusaka untuk menghadiahkan sesuatu aset kepada sesiapa sahaja dengan sukarela dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hibah boleh dirancang semasa pemilik masih hidup dan dikuatkuasa selepas kematian pemilik. Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Saling memberi hadiahlah kamu sekalian, agar kalian saling m Jom kita bincangkan Rukun-Rukun HIBAH supaya kita faham syarat-syarat yang wajib ada dalam perancangan HIBAH:  

Pertama sekali, ianya mesti ada Pemberi. Adalah wajib untuk memastikan pemberi itu baligh, sempurna akal dan tidak muflis.

Kedua, ianya mesti ada Penerima. Penerima boleh sesiapa sahaja! Isteri, suami, ibu bapa, anak kandung, anak angkat, yang bukan bergama Islam dan ya, sesiapa sahaja! Seterusnya, kita perlu memastikan bahawa aset yang hendak dihibahkan itu adalah Halal dan Bernilai di sisi syarak, aset itu mesti wujud dan bebas hutang. Satu lagi yang penting, wajib adanya sambungan di antara Ijab dan Qabul.

MENGAPA NAK HIBAH ?

Dengan adanya dokumen HIBAH, pemngagihan harta pusaka akan dipermudahkan. Ini khususnya bagi mereka-mereka yang ingin menghadiahkan aset seperti rumah, tanah dan wang kepada yang bukan waris ataupun waris yang mereka rasa lebih memerlukan aset tersebut berbanding waris-waris lain.

Contohnya, pasangan suami isteri yang mempunyai anak-anak perempuan sahaja dan ibu bapa kepada suami telahpun lama meninggal dunia, dan suami mempunyai 5 orang adik beradik. Rumah yang mereka duduk adalah atas nama suami dan hasrat suami adalah untuk memastikan bahawa rumah yang mereka duduki itu diberikan kepada isteri, kerana isteri tidak berkerja dan anak-anak mereka masih kecil lagi.

Dalam keadaan tiada perancangan harta pusaka, hak milik rumah tersebut akan dibahagikan mengikut Hukum Faraid, di mana isteri perlu berkongsi hak rumah dengan adik beradik si suami. Jadi, untuk memastikan isteri dapat hak sepenuh rumah tersebut, si suami perlu sediakan dokumen hibah.

Siapa yang Perlukan HIBAH ?

Selepas kita faham apakah itu Hibah, jom kita mengenalpasti golongan kritikal yang memerlukan HIBAH:
  • Pasangan yang ada rumah atas 2 nama (Joint Name suami dan isteri)
  • Pasangan yang belum ada anak / tiada anak
  • Pasangan yang tiada anak lelaki (ada anak perempuan sahaja)
  • Pasangan yang ada anak angkat (bukan waris)
  • Muallaf yang ingin memberi harta pusaka kepada keluarga bukan beragama Islam
  • Lelaki yang berpoligami
  • Individu bujang yang tidak berkahwin / tiada waris
Sesiapa yang ingin tahu lanjut mengenai HIBAH, sila hubungi Perunding ERA ADVISORY. Makin ramai di kalangan umat Islam yang bertanya-tanyakan apakah itu Hibah ? Ramai juga yang Read more